Sunday 10 January 2016

Syukur kau masih disini

"Syah, cepatlah. Kami semua tunggu kau je ni !" Jerit Aimi.

Derap kaki Syah laju mengejar rakan rakannya ke pagar belakang asrama.

Hari ini merupakan hari terakhir dalam minggu cuti di asrama. Syah atau Aisyah dan rakan rakannya memang terkenal dengan perangai gangster walaupun mereka pelajar perempuan.

"Hoi, nak ke mana tu ? Dah pukul 3 pagi ni! " Jerit pengawal keselamatan yang bermisai lebat tu.

Pukul 3 beb. Pukul 3. Kantoilah. Ni semua sebab Aisyah. Harini pulak la termenung nak buat jahat ke tidak. Biasanya sekali tanya on je.

"Maaflah geng. Patutlah aku rasa tak sedap hati je nak ikut korang harini. Matilah kita kantoi dengan warden besok. Janji aku tak buat lagi dah lepas ni. " Pujuk si Aisyah pada kawan kawannya yang tak berapa nak gangster tu.

Laju sorang demi sorang daripada geng mereka lompat pagar belakang asrama tu. Kononnya nak fly untuk release tension. Tapi sekali kantoi pulak dengan pak guard yang ala-ala A.Galak. Nasiblah. Alang alang dah kantoi, Mereka teruskan jugak plan yang dah lama dirancang itu.

Hari ini, plan terbaik adalah untuk menyelinap masuk ke kedai Pak Abu. Tak lain tak bukan nak mencurilah tu. Aisyah, Aimi dan kawan kawan yang lain bukannya anak orang susah, tetapi sudah menjadi hobi kumpulan mereka yang gemar mencuri. Mungkin mereka tidak sedar yang hobi mencuri itu berdosa ? Mungkin. Hmm

Cepat-cepat mereka menyelinap masuk ke kedai Pak Abu. Nama saja perempuan, tapi bab menceroboh kedai ke, pecahkan loker asrama ke, perghh budak lelaki yang nakal pun kalah. Maklumlah dah terbiasa membuat kerja-kerja sebegini. Mereka belajar memecahkan loker pelajar lain dari tingkatan satu lagi. Tetapi ibu bapa mereka semuanya tak pernah nak tahu. Balik rumah menunduk baca buku sahaja kerjanya. Dua paket maggi, lima biji telur, milo dan pelbagai snek disoroknya ke dalam beg. Bagai lipas kudung barang-barang itu disoroknya kerana khawatir ada yang memerhati tindak tanduk mereka satu kumpulan.

Setelah berpuas hati dengan hasil tangkapan, mereka terus pulang ke asrama. Seorang demi seorang membuat aksi ala-ala stunt woman apabila melompat pagar asrama tu. Tangkas, senyap dan penuh berhati-hati kerana risau ada yang tersedar. Dalam kepala mereka, sudah tidah sabar untuk meraikan kejayaan mereka mencuri pada malam itu. haha

"Aisyaaaaaaahhh! Berdiri kamu dekat situ! Saya nampak awak! Berhenti!"

"Alamak aihh.. Kantoi pulak dah. " Ngomel Aisyah dalam hati.

Warden asrama yang paling garang di sekolah itu, cikgu Mariam. Bertahi lalat di pipi kanan dan mempunyai badan yang berisi.Sekali menjerit kerbau pun boleh pengsan. Memang sangat seram. Nasib tidak menyebelahi mereka. Aisyah dan kawan-kawannya tertangkap dengan aktivitinya malam itu.  Maklumlah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Keesokan harinya di pejabat pengetua.


"Saya dah lama mendapat aduan tentang perangai kamu semua. Selama ni saya perhatikan saja. Tapi perangai kamu semua makin lama makin melampau. Nah!  Ini surat gantung sekolah. Serahkan pada ibu bapa kamu nanti. " Kata pengetua sambil menghulurkan surat gantung sekolah.

"Emm.. Emm. Cikgu, sebenarnya ni semua rancangan Aisyah. Dia yang memaksa kami untuk mencuri cikgu" si Aimi memujuk pengetua untuk membebaskannya dengan menggunakan drama air mata.

"Aimi. Sampai hati kau Aimi. Dulu kau cakap aku kawan. Mana nilai kawan kau? " Rintih hati 
Aisyah.


Disebabkan hal itu, Aisyah telah dipindahkan sekolah dan telah terputus hubungan dengan kawan kawannya. Dia telah diberi peluang kedua oleh ayahnya untuk berubah. Semakin hari Aisyah semakin menunjukkan perubahan dari segi perangai dan pemakaiannya. Dia juga telah menunjukkan perubahan yang cemerlang dalam peperiksaan dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sewaktu Aisyah sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia merasakan dirinya selalu diperhatikan oleh seorang lelaki berkopiah. Iras wajahnya menyerupai Nazim Othman. Manis, segak dan sejuk mata memandang  tetapi Aisyah tetap tidak menghiraukannya.

Tanpa diduga, pada peperiksaan akhir semester, Aisyah telah didatangi oleh lelaki tersebut. "Assalamualaikum saudari, saya dah lama memerhatikan saudari. Sejak kali pertama saudari ke kelas lagi. Saya rasa saya perlu berjumpa dengan ibu bapa saudari. Saya ingin menjadikan saudari seseorang yang halal dalam hidup saya. " Jujur dan telus dapat didengar dari kata-kata lelaki itu.

"Allah ! " Buku yang dipegang Aisyah terhempas ke lantai. Mungkin kerana terlalu terkejut dengan lamaran yang langsung tak dijangka. "Ya Allah, layakkah aku ya Allah ? Aku dulu bukanlah gadis yang baik. Sesuai ke aku digandingkan dengan lelaki ni?" Tembakan soalan bertalu-talu muncul dalam kepala Aisyah.

Lima tahun kemudian.

"Eh Aisyah ke ni ? Aisyaahh... Ya Allah aku tak sangka kau dah berubah. Cantiknya kau sekarang. Aisyah, aku nak minta maaf atas semua perlakuan aku dulu " Aimi datang menerpa dan memeluk Aisyah.

"Aku cantik bukan kerana rupa, tapi kerana pakaian yang telah memelihara aku dari fitnah Aimi. Aku cuba musahabah diri aku Aimi. Aku sedar, kita ni hidup tak lama pun di dunia. Semua hanya pinjaman. Buat apa kita nak sombong dengan pencipta kita. Aku bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang suami yang memahami. Suami yang boleh membimbing aku mencari hidayah Allah. Dulu aku merangkak-rangkak mengaji tapi sekarang alhamdulillah. Ohh! Pasal hal dulu, jangan risau.Aku tahu masa tu kita semua tak mampu lagi berfikir dengan matang. Kita masih budak-budak yang baru nak celik mata kenal dunia kan ? Hehe.  Aku memang dah lama maafkan kau. Sedangkan nabi pun maafkan umat, ini pula aku je mi. " Aisyah tersenyum menyambut pelukan Aimi.

"Mama, mama ! Tengok abah ni. Taknak kawan dengan adik !  Sambil mencebikkan bibir.

"Kenalkan ini anak aku Aimi. Izara namanya." Si Izara yang bermata coklat  terpinga-pinga melihat mama dan Aimi silih berganti.

"Izara. Izara anak mama yang baik kan? Izara nak masuk syurga dengan mama dan papa kan sayang?  " Soal Aisyah dengan nada yang lembut.


"Nak mama! Nak! Izara nak pimpin tangan mama dengan papa kat syurga nanti!" Rengek si kecil Izara.

"Kalau macam tu dengar cakap mama tau sayang. Setiap perlakuan kita akan dihisab nanti tau. Tak baik buat muka, nanti Allah marah" senyum Aisyah sambil memujuk anak kecilnya yang berumur 3 tahun lalu diusap ubun-ubun kepala Izara. Wangi. Dia memandang anak kecil dan suaminya yang sedang melemparkan senyuman manis sambil mengucapkan syukur kerana telah diberikan peluang dan hidayah untuk berubah hingga menjadi seorang muslimah yang diredhai Allah.

Benarlah bahawa. Semua orang mampu untuk berubah. Senyum. Selawat dan syukur !



“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang merubah apa-apa yang ada pada diri mereka ” (QS.13:11)





*Boleh tinggalkan komen sebab ini cerpen terbaru saya. Hehe

3 comments:

Unknown said...

cantik jalan cerita... mudah nak faham walaupun simple..... teruskan usaha lg ye... next bnaykkan petikan dari ayat al-quran lg bertambah menarik.. akk suka.. next cerita jgn lupa sharing... ada kesalahn ejaan sikit...hihi :)

Unknown said...

Rasa macam tekejut2 baca plot cerpen..mungkin sbb akk xbiasa baca cerpen kot..cerita dah okay..cuma rasa mcm cepatnye dh habis..tambah skit dugaan dlm hidup aisyah yg buatkan dia bangkit utk berubaah..hahaha..terbaik ahh..jual kat majalah..dpt income..hehe

Azhar Haris said...

menarik. tapi ade part Yg cliche. misalnya laki yang baik x semestinya perlu yg hnsem. 3 org tu x cukup gengster. dan Jalan cerita sudah boleh diramal. he he.boleh diperbaiki. apa pon best :)