Saturday 13 September 2014

PATAH HATI ?

Assalamualaikum wbt. Dah lama tak update blog ni kan? :D Mesti ada yang rindu nak membaca entri2 baru kan? hiii terharu.. 

Dah masuk semester 1 di tahun 2 kat UKM. Alhamdulillah, tahun baru, azam baru In Sha Allah. Walaupun banyak halangan, banyak dugaan, aku masih diberi peluang untuk merasai nikmat untuk jejakkan kaki di tahun dua :D

Okaihh.. stop stop untuk cerita perihal sendiri kat sini eh. haha. haa.. Topik kita pada kali ni hurmm.. Patah hati ? Patah hati sebab apa tu ? Macam menarik. Ada sedikit perkongsian pasal patah hati ni, tapi sori sikit ye,  ni bukan pasal diri sendiri. 

Oke, nampak seorang kawan ni. Dia tengah sedih, muka masam je. Ditanya sebab kenapa. Patah hati rupanya. Patah hati kerana cinta. Allahu Rabbi, ingatkan apa.. huhu..



Macam-macam penyebab sebenarnya bila seseorang  patah hati disebabkan cinta. Cinta kepada manusia. Cinta Hakiki. Aku pasti sekiranya mengabdikan diri pada Ilahi,  Pasti akan tersemat cinta abadi dan pasti tiada wujudnya lagi istilah patah hati. Bila orang yang tengah angau bercinta, kadang mereka lupa, lupa pada tuntutan cintanya kepada Allah lupa pada segala-galanya.

 Sebab, Sebabnya mengapa ? Kerana :

*Aku bahagia, punya kekasih.
*Aku dah ada orang istimewa sebagai tempat mengadu.
*Aku rasa dia sayang aku lebih daripada orang lain sayang aku.
*Aku tahu dia boleh tolong aku bila aku susah nanti.
*Rindu dia 500%.
*Dia penyejuk hati


Tapi.. Kita lupa, lupa. Lupa pada maha Pencipta. Lupa yang kita telah MELEBIHKAN CINTA cinta kepada makhluk ciptaanNya dan kita lupa hubungan cinta kita dengan ALLAH. Lalu, ALLAH murka, dan dia hentikan hubungan itu. 

Lalu kau tersedar, kau punya DIA.
ALLAH tempat kau mengadu,
ALLAH tempat meminta,
Selama kau ALPA.




Terduduk ! Menyesal ! Taubat !

ALLAH masih ada. Masih setia menerima walau ada saatnya kau pernah berjalan mendabik dada, namun kau terlupa menadah tangan, memohon doa dariNya.

ALLAH masih ada. Masih setia memberikan kau kekuatan walau ada saatnya kau goyah dalam iman.



Belajarlah wahai teman ! belajarlah. Buka hatimu dan serahkan pada yang tepat. ALLAH yang Esa. Usah kau gusar tentang jodoh yang masih belum pasti. Ada saatnya nanti In Sha Allah kan memimpinmu di syurga nanti :)



*Ingatan untuk diri sendiri juga :D 

No comments: