Friday 27 December 2013

ustazah?? ehh takk.. saya bukan ustazah la :)

assalamualaikum... hai..

assigment tinggal satu nak kena siapkan tapi ada je masa untuk update blog bagai..hehe.. normal la kan... tak boleh la nak tension-tension sangat buat assigment tu.. nanti ilmu satu pun tak melekat kat kepala.. kali ini aku nak story mory tentang tudung labuh..haha.. sebut pasal tudung labuh ini, membuatkan aku tergelak sorang-sorang.. yelah, bila pakai tudung labuh je dicop ustazah... "macam ustazah je, macam ustazah je"..haha.. sebelum ini aku dah pernah cerita kan yang aku baru je start untuk pakai tudung labuh.. aku start slow2.. 



first, aku pakai handsock dengan stokin dulu..masa ini dah ada orang ingat aku budak fakulti pengajian islam.."eh, awak budak FPI(fak pengajian islam) ea?" terkejut.. aku jawabla "takla, saya FPEND(fak pendidikan)".."ohh.. ingat FPI".. adoyaii diorang ni takkan la pakai handsock pun FPI.. then aku beli tudung bidang 50(dulu bidang 45).. tak ada beza sangat pun labuhnya tu, so aku beli bidang 60 terus.. first aku pakai pergi kelas semua classmate terkejut.. tapi buat rilekz je, buat slumber..hehe.. first2 malu jugakla, tak biasa kan.. but i try slow2..

lepas je balik dari kelas tu, aku balik kolej terus.. then ada la kawan yang mesej tanya aku.. "eh, ko kenape pakai tudung labuh? mimpi ape?" aku just cakap tak ada papela.. ada jugak yang perli2 aku, diorang tanya aku.."tudung kau yang lama-lama tu ko buang eh? baju ko yang lama-lama pun buang ea?" tak buang.. masih boleh dipakai.. kat kolej, kat rumah.. diorang diam..



so.. pada sesiapa yang nak try tu, jomlaaa.. kalau tak dari sekarang bila lagi kan ? :)

10 TIPS untuk bertudung labuh:
  • mulakan dengan memakai stokin dan handsock. biasakan memakai baju yang longgar. tukarkan jeans kepada slacks.
  • carilah kumpulan usrah yang diyakini naqibahnya(ketua usrah) serta hala tuju yang selari dengan syariat.
  • sertai majlis2 ilmu seperti kuliah maghrib dari ustazah dan ustaz. disini korang akan bertambah kawan baru,
  • bersungguh dalam memperbaiki ibadah asas seperti solat, puasa dsb.. boleh rujuk ustazah atau rakan2 yang arif.
  • banyakkan membaca alquran dan tadabbur(kaji) maknanya. milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
  • apabila hati sudah semakin kuat. pilihlah pakaian yang menutup peha. seeloknya baju muslimah.
  • mulakan dengan memakai tudung bidang 50. seelokya dipinkan lurus kerana ia akan singkat sekiranya dipin secara menyilang.
  • setelah semakin selesa. teruskan dengan tudung bidang 60 kerana ia melepasi siku dan menutupi punggung.
  • praktikkan langkah 1-6 untuk istiqamah. iman dipertingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. In Sha Allah..
  • setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehla berselang seli dengan bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung berjahit. kurangkan pemakaian seluar dan gantikan dengan kain
*tips dipetik dari facebook :)

*SELAMAT MENCUBA... :) 


2 comments:

Anonymous said...

gempak! semoga istiqamah. pedulikan je apa kata orang. :)

Unknown said...

tenzz!! :)