Friday 4 December 2015

Hati batu

Bila kau sumbat telinga dengan earphone sambil layan layan lagu lagu yang kau suka. Tiba tiba crush lalu depan mata. Kau rasa ?

Haha.. Jangan nak berangan la ! Dah pesan sebelum tidur basuh kaki baru lah tak berangan bukan bukan. Hati batu oi hati batu ! Tu haa cakap kat sape lagi kalau bukan kat diri sendiri ha.

Dah masuk tahun tiga diknon oi aku kat sini. Sampai sekarang gak takda sape sape yang masuk meminang. Kau rasa ? Haa tanya lagi. Memang tak sedar diri. Kalau 24 jam kerja kau asyik nak luku kepala orang memang taklah orang nak dekat. 

Sebenarnya kepala diknon dah semak sangat lah dengan terms 'hati batu'. Siap main nak bet lagi ha kalau dapat cari calon suami sebelum grad. Sakitnya hati diknon. Ingat takde kerja lain ke nak fikir selain fikir benda alah tu? Meh nak cakap. Bukannya aku tak fikir pun nak cari calon tapi setakat yang aku kenal ni. Semua jenis main main. Haha 

Pergi kelas pakai jeans, pergi persatuan pakai selekeh. Kau ingat diknon ni pemalas sangat ke. Haha sebenarnya memang pemalas. Last nak cakap ! Aku cuma bukan hati batu cuma taknak terikat dengan mana mana manusia yang hatinya cair. Haha. See u soon ya Mr !






Aku cuma harap hangpa doakan si hati batu ni grad dengan cemerlang la ye.

No comments: