Tuesday 15 September 2015

Kau mahu bertuhankan tangan ?





Kau mahu bertuhankan tangan kan ?


Bahang PRK di Kampus. Penat. Dah masuk tahun ketiga aku kat sini. Tiga tahun juga lah tonton macam macam drama. Harini nampak disana mengata disini. Esok lusa nampak pula yang disini mengata yang disini. Penat. Penat melihat boneka bertopengkan manusia. Pujuk disana, puji disini, bodek disana untuk semata mata meraih undi. Bagi aku hidup ni konsepnya mudah, kalau memang itu tertulis rezeki buat anda In sha Allah anda yang dapat. Kan In Sha Allah itu sendiri membawa maksud Dengan Izin Allah. Ragu ragu lagi ? Doa lah ! Kata dah usaha, kata dah banyak bekerja. Kita kan manusia. Hmmm


Kau mahu bertuhankan tangan kan ?

Pelik. Pelik dengan tingkah laku manusia. Pantang nampak benda buruk. 5 saat je aku bagi. Tupppp  !! Sana sini dah tersebar merata. Tersebar apa ? Buruk sana sini la. Kata Ihsan sesama manusia. Tapi mana ? Aku cuba jugak cari tapi semuanya dusta. Manusia semuanya sama. Juang sana juang sini tapi fitnah sana fitnah sini. Pelik. Perjuangan apa sebenarnya ni ? Perjuangan memalukan insan sesama sendiri kan. Hmmm

Kau mahu bertuhankan tangan kan ?

Tangan. Seronok sangat ke biarkan tangan yang jadi tuhan ? Seronok sangat ke biarkan perasaan yang jadi medan penghakiman ? Bila kau benci seseorang A to Z semuanya kau pandang salah. Bila kau sayang A to Z kau pandang meriah. Hmm. Seronok sangat ke biarkan tangan yang jadi tuhan ? Bila kau dapat satu satu post yang mengaibkan orang. Dengan mudah kau tolong. Tolong sebarkan. Tolong tambahkan fitnah tanpa kau kaji benar dan salah. Seronok sangat ke biarkan tangan yang jadi tuhan ? Letakkan tangan didepan akal ? Katanya tidak. Tapi perlakuannya ya. Kerana apa. Kerana dengan mudahnya kau sebarkan fitnah tanpa meletakkan akal fikiran sebagai pertimbangan.

Seronok sangat ke biarkan tangan yang menjadi tuhan ? Biarkan manusia mencela dan menghina, tapi jangan pernah bersubahat menyebarkan fitnah. Sekadar renungan.

No comments: