Saturday 20 June 2015

Weirdo ?

"Kau ni pelikla."
"Tak faham la dengan kau ni. "

Mereka cakap aku pelik. Mereka cakap aku seorang yang sukar dijangka. Mereka cakap aku ni susah difahami. Am i weirdo ?

Jika kamu punyai rupa yang cantik. Maka hati kamu juga perlu cantik. Namun jika kamu punyai wajah yang buruk, alangkah ruginya jika hatimu turut begitu ;)

Hey kawan. I dont live to impress everyone. Setiap orang punya cara yang berbeza. Bagaimana dan mengapa itu terpulang pada individu. Bagi aku, tiada istilah "pelik" yang ada cuma istilah "unik". Sebab tu yang menampakkan kita lain daripada yang lain.

Kadang kadang, apa yang kita fikir tak sama dengan apa yang orang lain fikir. Come on, this is life beb. Kalau plain je mana lah best :D Bagi aku, setiap orang dibezakan melalui 3 perkara which is K.U.E. Sounds interesting right ? K.U.E

Knowledge. Understanding. Experience. For me, tiga konsep nilah yang melabelkan seseorang itu matang atau tak. Aku tak cakap yang bercakap dengan budak itu suatu kekurangan and aku tak cakap yang berkawan dengan orang yang lebih dewasa itu suatu kelebihan. Pengetahuan dapat memberi kita suatu teori, yang dapat membantu kita proses untuk memahami dan dari situlah kita akan dapat satu pengalaman. Sama seperti hidup, bila kau bermula dari suatu tempat, kau kena cuba untuk memahami sekeliling. Cuba memahami persekitaran dan cubalah untuk meletakkan diri kau ditempat orang lain. Kerana dari situ juga kau akan dapat satu pengalaman. Yup the best moment ever.

For me, aku amalkan konsep yang paling simple. Dengan siapa yang aku selesa, i will be myself. Tiada istilah pelik. Cuma istilah unik. Kipidap, seorang minah selekeh takkan dapat diganti dengan minah selekeh yang lain.

Cumanya setiap orang layanan adalah berbeza. Iya, bergantung bagaimana sikap kamu dengan yang lain. Cuma satu perkara yang paling aku tidak suka adalah bila kau cuba menipu. Dan bila kau ulang salah yang salah setelah kau minta maaf dengan aku. Pelik ? Tak. Sebab kadang kadang aku memang muak nak dengar benda yang sama. Maaf :)

Apa lagi ye yang pelik ? Makan tembikai, tapi jus tembikai tak minum. Makan tebu, tapi air tebu tak minum. Makan tauhu, tofu fa tapi air soya kau tak minum. Hahaha. Mungkin dah agak lama tak post benda sempoi merapu macam ni so post kali ni memang agak merapu.
 Bagi aku, tak salah untuk jadi diri sendiri, tapi adakalanya kita kena sesuaikan diri supaya semua orang selesa dengan kita. Jadi pada yang rasa tak selesa bila bersama aku, nanti bagitahu ye. Haha


Okelah ! Belanja lirik lagu Kun Anta sikit or a.k.a Be yourself :)

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Namun aku dapati yg aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yg nyata.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak..Tidak...Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yg bersinar-sinar

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Tidak..Tidak...kita bukan dierima orang lain dgn apa yg tidak ada. Kita diterima adlh kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku. Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yg aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka

1 comment:

Cik puan Najihah said...

Kak Najaaaa :D
MISS YOUU SO MUCH..

Kun ANTI :D