Sunday 4 May 2014

KEEP STRUGGLE FOR THE BEST



Kadang tengah stress dalam menyiapkan assigment ni boleh pulak tangan laju nak buat puisi.. Puisi la kononnya.. Tapi aku rasa lebih kepada luahanhati..huhu.. Walau apapun, In Sha Allah dengan yang hanya tinggal 3 minggu lagi aku mampu menyiapkan assigment ni.. Moga dipermudahkan olehNya =)


Fuhh.. Selaju-laju menaip assigment, laju lagi menaip blog.. Keyboard warrior kah aku ? ohh tidakk.. mahunya rosak habis keyboard lappy ni..huhu.. Entah, rasa macam banyak mengarut pada sesi pos kali ini.. 
Tengok ni.. Mr Orange pun dah stress tengok aku buat assigment banyak sangat.. Sampai pening biji mata ni..haha (Sila abaikan jika tidak berkenan ;) )


Tapi izinkan aku.. Izinkan aku menulis, menaip apa sahaja.. sebabbbbb.. yeayhhhh, stress tahap gaban kot.. tapi, please be cool ya hati.. dah tak lama nak final exam ni.. Moga kesabaran dibalas dengan kemudahan di peperiksaan kelak =)

Nahh.. Puisi untukmu.. ehh silap.. Puisi untuk hatiku.. =)








Kadang aku terfikir
Mengapa kaki terpijak disini
Di bumi UKM

Aku
Ya ini memang aku
Aku yang sentiasa sama
Dan tidak akan berubah semata

Aku
Aku sedar siapa aku
Tujuannya di sini menuntut ilmu di dada
Membawa harapan dari keluarga

Aku sedar
Bertatih dibumi ilmu bukannya mudah
Dan aku sedar aku hanyalah gelas yang kosong
Bagaikan meminta diisi dan dicurah ilmu yang ada

Kadang aku terfikir
Mereka.. yaaa tentang mereka
Mereka yang mudah menilai  tentang diriku
Kadang aku ketawa
Memikirkan mereka.. Mereka yang terlalu 'pandai' menilai suasana

Saat aku bertatih
Aku tahu yang aku tidak akan sesekali mampu bangun andainya tidak pernah terjatuh
Dan aku tahu, Jatuh itu memang perit
Andai kau sudi memimpin tanganku
Aku bersyukur masih ada yang setia

Aku sedar
Tanpa Dia tuhan yang maha Esa
Aku tidak mampu sampai disini
Aku yakin.. Yakin dengan semua aturanNya
Kerana Dia tidak pernah menguji hambaNya selain mengikut kemampuanNya

In Shaa Allah ku tetapkan hati untukNya
Allah yang maha Esa :D
                                                                                                                   _Tinta hati Cikgu Cilik :D _

No comments: