Tuesday 28 January 2014

Dear semester bReak.. Please Don't lEave me =)

cuti-cuti horrayyy!!! =)

lama tak mengupdate belog ni. mengupdate?hehe.. bolehla tu guna bahasa rojak sikit. Akhirnya habis jugak satu semester dekat UKM tu. Tinggal lagi tujuh semester. Sekali lagi diulang~ tujuh semester.. huhu lama giler kot bakal bertapa dekat ukm ni.haha

Yess..Officially done with my final exam as a junior student.hehe.. junior lagi ke masalahnya? Result entah bila keluarnya. Harap-harap semuanya ok-ok sahaja. =)

Eh eh eh... Melencong tajuk pula makcik ni..hehe.. kan? So, let's continue no rehat sebentar with Kit Kat..hehe.. Cuti! Yes! Best gilerz cuti.. and sekarang ni Terengganu 'Pantai Timur' mengalami cuaca yang sejuk.. Ala-ala Cameron Highland gitu.. Best but at the same time rasa takot wei. Jangan tanya kenapa, mestilah sebab sebelum ni kan mana pernah kitorang nak merasa suasana macam tu. 

Even tidur pun aku pakai kardigan dengan berstokin. Tak percaya? sudahla kalau tak percaya. Tak suruh pun percaya sampai nak mengangguk kepala bagai.haha. Then, cuti juga best sebab boleh ronda-ronda kampung wei. Ko hado? tak ada kan? hehe. Pasar malam saujana pun baru semalam aku jejak selama aku ada kat kampung masa cuti ni. Tak tahu nak beli apa pun, so aku beli la laksa penang. Why laksa penang? Of Course la sebab my favourite wei~hehe

Yang paling aku nak gelak..haha. tunggu ni baru nak cerita ni. Ada sorang makcik tu datang isi minyak (eh lupa nak cakap la, pemili aku bukak kedai runcit tapi kecil-kecilan) then dia tanya aku..dengar er "lame lagi ke belajo? berape tahon?.. tak faham? kejap aku translate "lama lagi ke belajar? Berapa tahun?.. Aku jawabla.."lama jugak, 4 tahun..hehe.. And tak disangka-sangka dia bagitahu aku suruh aku bertunang dulu.. bertunang, diulang bertunang..haha..Lawak la pula makcik ni. Nak bertunang dengan sape la makcik oii.. tak ada melintas bayang depan mata pun.haha

Haha..lawak tu memang lawak tapi adat la tu bila balik kampung.haha.. sabar ye makcik, sabar.. nanti sampai seru saya bagitahu..haha.. Eh coppp.. haaa mesti tengok ajl kan? mesti tahu kan hafiz menang? tahu? bagus.. mehh aku belanja lirik lagu bahagiamu deritaku.. Jom layann..haha.. So, next time aku story mori lagi er =)

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia 
kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

No comments: