Saturday 17 September 2016

Sebarkan aura positif. Hati pun sonang ! Hahhh gitu

Hachuuum ! Hachuuum ! Bersin sikit. Berhabuk benar dah wall sis ni. 


Just wanna sharing some tips. Sebenarnya untuk pamduan but who knows benda ni pun boleh dijadikan rujukan untuk semua kan ? Hee


Aura positif. Hmm bauu sikit ! Ya Allah wanginya rasa. Tenang jiwa kalau selalu ada sokongan sekeliling yang positif kan ? Sis cuma nak share sikit ja. 





SENYUM 

Yess. Benda paling senang untuk positifkan diri anda adalah dengan menghadiahkan senyuman pada diri sendiri. Percaya ke tak. Pagi yang dimulakan dengan senyuman akan menyebabkan perjalanan anda pada hari tersebut lebih tenang dan positif jika dibandingkan dengan hari yang dimulakan dengan emosi yang tak menentu. Tak percaya ? Cubalah !



JADI PENENANG BUKANNYA PENENDANG

Bunyi macam kelakar bukan ? Huhu. Sedar tak kadang kadang ada antara kita dijadikan tempat sandaran untuk luahan masalah. Satu tips untuk dikongsikan. Kalau orang refer kita tu maksudkan mereka percayakan kita. Atleast, cuba jadi pendengar yang baik kalau anda tak mampu memberikan jalan penyelesaian. And ingat, bukannya jadikan kawan anda tu makin stress pulak. tak pasal pasal dapat penendang percuma. Yedak ? Huhu



JANGAN TERLALU BERHARAP KEPADA BALASAN

Ini paling penting kalau nak jadi positif. Jangan sesekali mengharapkan balasan bila kita dah tolong orang. Sis ulang. Jangan ! Hehee. Tahu sebab apa ? Sebabnya nanti korang akan timbul rasa tidak puas hati dengan rakan yang anda dah tolong. Sabar sis. Ingat satu perkara, kalau kita buat baik dengan orang InSha Allah jalan hidup kita juga akan dipermudahkan. Jadi kenapa nak mengharapkan balasan manusia ? Senyum sis ! Keep going on. Hee


HARGAI ORANG SEKELILING

Bila kita menghargai setiap perkara disekeliling kita aura positif akan sentiasa berada dengan kita. Kita akan memandang setiap kebaikan dalam setiap perkara yang terjadi. Sebagai contohnya, kenapa anda berada di sesuatu tempat ? Di universiti ? Berjumpa dengan orang yang salah ? Mengambil jurusan yang salah ? Atau anda sendiri yang bermasalah ? Hee. Sebenarnya setiap perkara yang terjadi cuba fikirkan setiap hikmah yang akan ada. Insha Allah anda akan menghadapi hari hari anda dengan tenang.


Jadi tunggu apa lagi ? Jom SEBARKAN AURA POSITIF anda ! 

No comments: