Thursday 1 January 2015

lengahkan kerana kau tidak tahu :(

Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan solat maghrib.

Lambat.

Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.

Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, ya sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.

Dia memandang sekeliling sekali kerana tidak percaya. Suat suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang, telah dipenuhi orang ramai. Beberaa berdiri kaku melihat meihat sekeliling. Ada yang berjalan mundar mandir, ada pula yang berlutut dengan tangan mereka yang menutup wajah seperi sedang menunggu sesuatu dalam ketakutan.

Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ia adalah hari mahsyar ! Ya Hari Masyar !

Sewaktu dia hidup, dia teah mendegar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.

mungkinkah ini hanyalah imagnasinya sendiri?

Dia mula bergerak menyusup antara orang ramai dan mencari antara orang ramai untuk bertanya sekiranya namanya telah dipanggil.

Tiada sesiapa yang boleh menjawab. Tiada sesiapa yang mengendahkannya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri.Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia disana.Kepalanya tertunduk dan seluruh hidupnya ditayangkan seperti sebuah filem.Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilihatnya adalah dunianya yang sedang dipamerkan.

Didalam hidupnya dia melihat beberapa babak seperti: Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah ke rumah yang lain dan membelanjakan hartanya kejalan Allah. Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan.

Dia mengaku kesnya:
"saya juga sentiasa diatas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya bepuasa di bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan saya lakukan, apa yang Allah larang, saya tinggalkan."

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah.Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini.Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.

Matanya terpaku pada skala timbangan. Akhirnya keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas ditangan mereka, berpaling kepada orang ramai.Kakinya berasa lemah kerana mereka mula membaca nama orang yang dihukum masuk neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia terjelepuk dan menjerit manyatakan bahawa ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi keneraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain". Matanya menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.

Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.
Para malaikat Jahanam terus mengheret dia. Mereka semakin hampir dengan neraka jahanam. Dia menoleh kebelakang dan teringat .......

Tidak! Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka.

Dia mula menjerit. "Solat saya? Solat saya? Doa saya? "

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, mereka datang ketepi jurang neraka. Salah satu malaikat menolaknya masuk kedalam neraka jahanam. Dia mendapati dirnya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun kedalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih satu lengan.

Dia ditarik keatas. Dia menyapu debu ditbuhnya sendiri. "Siapakah anda?". Orang tua it menjawab "Saya solat anda".

"Mengapa kamu begitu lewat? Saya telah terjunam kedalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat akhir sebelum saya lebur !"

Orang tua itu tersenyum. "Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara dari luar. Dia mendenga azan dikumandang menandakan masuknya waktu isyak.

Dia bangun dan dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia mendapat petunjuk yang benar.

*Moga kita sama-sama berubah di tahun yang baru ini. 

Allah Yuftah Alaikum ! Semoga Allah membuka jalan ! ^___^

No comments: