Friday 6 June 2014

makan DAGING tak pernah nak diet.. tak takut GEMUK ke?

Bismillahirahmanirahim~

Nenonenoneo.. dah lama update entri ni haa.. sibukla katakan..*Mata keatas tangan kebahu.. Malaysia tengah hot dengan isu Cadbury sekarang..haha.. sekadar informasi untuk korang..tapi sesi kali ni kita bincang pasal ..hmmm pasal DAGING.. sedapnyaaa... sedap kan ? Kempunan sangat nak makan daging ni..perghh makan nasi arab lauk daging ni best jugak ni..huhu

Si A : Awak, jom makan daging malam ni nak ? Saya belanja :D
Si B : Serius ? Tapi saya tak makan daging la sekarang.
Si A : Kenapa erk ?
Si B : Awak tanya kenapa?? Tak risau ke makan daging banyak-banyak ? Nanti nampak gemuk ok !          *Sambil buat muka gedik
Si A : Owhh..patutlaaaaaaaa~
Si B : Kenapa? Kenapa panjang sangat patut tu ?
Si A : Patutla asyik makan daging manusia je sekarang. Sebab dosa tu nampak eh gemuk ke kurus? Oww.. I see I see.. *Buat-buat macam membilang jari.
Si B : Gulp ! *Terduduk

Kan ? ramai suka makan daging manusia kan? Sebabnya dosa pahala tu kita tak nampak in real. Kalau lah boleh view dalam bentuk real, dah ramai rasanya yang masuk masjid, buat solat sunat tak kira siang malam..
Normally, yesss.. manusia tak akan pernah sedar benda tu. Dah sedar pun kadang-kadang buat tak tahu. Kadang aku sendiri pun dalam tak sedar sibuk je mengukur peribadi insan lain.. Sedangkan peribadi sendiri ? Allahu Rabbi lupa nak cermin..

Salah satu faktor umpat-mengumpat.. riak bila berbicara.. Jadi hindarinya wahai rakan,
In Shaa Allah nama kita takkan tersenarai dalam story mory orang lain :) (gambar from kak wada)


Kalau la dosa mengumpat boleh view dalam bentuk jerawat je pun, rasanya tak ada yang sanggup nak tengok cermin dah. Rasanya cermin hari-hari pecah kena baling..hurmm..

(gambar ihsan dari saudari kartunis UPSI :D)

Anda suka mengumpat ? suka buka aib orang ? Awass.. Pembalasan Allah ada dimana-mana.. Jangan merungut jika suatu hari nanti aib anda pula yang dicanang kesana ke mari.. Mohon dijauhkan dari sifat ini.. In Sha Allah~

Kalau ada terasa hati.. Luahkan pada yang Esa. Tak perlu mengumpat.. Bukan apa, kalau namanya
mengumpat pasti segala rempah ratus dusta ditambah kedalamnya. Takut bakal menjadi fitnah pula..

Mungkin pada kali ini sahaja dari aku.. nanti ada masa kita jumpa lagi ye ? Assalamualaikum :D


No comments: